23 aduan kepada JPP dalam 4 tahun, 4 aduan kepada Menteri Sumber Manusia

Posted: March 17, 2012 in WORKERS

…….namun Mahkamah menghukum UNIONIST!

Kronologi Perjuangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy Plastic Industries Sdn Bhd

22 Julai 1997:  Majikan telah mengumumkan kenaikan gaji pokok sebanyak 10 sen

23 Julai 1997:  Pekerja tidak puas hati dan telah naik ke pejabat untuk berjumpa dengan Pengurus Besar dan meminta beliau menaikkan gaji pokok tetapi ia tidak disetuju

24 Julai 1997:  Semua pekerja berkumpul di kawasan kilang untuk mengadakan satu perbincangan dengan Encik Goh tetapi pengurus enggan berbincang apa-apa pada hari itu dan menyuruh mereka datang pada kesokan harinya.

25 Julai 1997:  Encik Goh telah membawa masuk seorang polis dan kemudian panggil pekerja secara berbaris-baris masuk

Memo kepada semua pekerja Guppy oleh pihak majikan Guppy tentang kenaikan gaji pokok sebanyak 10 sen dan elaun pengangkutan RM1.00 sehari atau 50 sen elaun pengangkutan dan 60 sen kenaikan kadar gaji sehari.

26 Julai 1997:  Majikan memanggil beberapa pekerja secara persendirian dan berkata mereka tidak sepatutnya membuat tuntutan sedemikian.

Encik Goh mengakui bawa masuk polis dan meminta maaf tapi berkata bahawa polis adalah kawannya.

28 Julai 1997:  Pengurus pamir memo baru dimana pekerja diugut akan didenda atau di penjarakan jika mereka mogok

30 Julai 1997:  Jawatankuasa Pekerja-Pekerja Guppy Plastic Industries telah menulis satusuratkepada pihak majikan Guppy meminta mengadakan satu rundingan untuk membincang beberapa isu. Antaranya ialah kenaikan gaji pokok yang lebih berasas, elaun shif, pengangkutan, makanan dan sebagainya.

10 Ogos 1997: Aduan polis terhadap pengurusan kilang Guppy oleh pekerja-pekerja Guppy Plastic kerana mengugut akan memenjara dan mendenda pekerja kerana meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan gaji yang terlalu minima (Report No. 8965/97).

7 Sept 1997:    Jawatankuasa Pekerja-Pekerja Guppy sekali lagi menulissuratiaitusuratperingatan kepada pihak majikan Guppy meminta mengadakan rundingan dengan wakil pekerja untuk membincangkan masalah-masalah pekerja.

Nota: Hanya setelah semua cara berbincang dengan majikan gagal, baru pekerja telah mengambil usaha untuk menubuhkan Kesatuan untuk menjaga kepentingan mereka.

16 Nov 1997:   Mesyuarat penubuhan Kesatuan Sekerja diadakan di Dewan MCA, Balakong.

7 Dis 1997:      J/kuasa Penaja Kesatuan pergi ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja untuk menghantar permohonan Kesatuan Sekerja.

15 Feb 1998:   Jawatankuasa Penaja Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy Plastic meminta pengurusan Guppy mengadakan rundingan tentang beberapa masalah pekerja seperti masa makan tengahari, bulan puasa, kerja hari Ahad, cuti sakit, penampalan memo dan sebagainya.

13 Mac 1998:  Majikan telah memanggil beberapa AJK dengan serta merta tanpa notis. Majikan menegur kesalahan alamat Setiausaha dalamsuratawal Jawatankuasa Penaja dan juga memaklumkan bahawa beberapa perkara darisuratbertarikh 15 Feb 1998 telah dilaksanakan.

21 Mac 1998:  Jawatankuasa Penaja menulis satusuratterimakasih atas kesudian pihak majikan melaksanakan permintaan pekerja dan pada masa yang sama meminta majikan memberi masa yang secukupnya untuk AJK kesatuan sebelum mengadakan sesuatu mesyuarat. Jawatankuasa Penaja juga meminta maaf atas kesalahan alamat

27 Apr 1998:   Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy Plastic Industries Sdn Bhd telah diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1998. No. sijil pendaftaran 813.

5 May 1998:    Jawatankuasa Penaja Kesatuan mengedarkansuratpekeliling (dalam 3 bahasa – B.Malaysia, Mandarin dan Tamil) bersama sijil pendaftaran kesatuan kepada pekerja-pekerja Guppy tentang kelulusan Kesatuan Sekerja Guppy.

6 May 1998:    Ahli Jawatankuasa Kerja telah membuat satu perjumpaan untuk membincangkan cara-cara memberitahu pekerja-pekerja tentang penerimaansuratkelulusan kesatuan dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Di bincangkan juga pelaksanaan tugas-tugas kesatuan seperti penyediaan Borang Keahlian, kutipan duit ahli dan sebagainya.

7 May 1998:    Pekerja-pekerja telah diedarkansuratpekeliling untuk memaklumkan tentang kelulusan kesatuan

17 May 1998:  AJK Kesatuan mengadakan perjumpaan untuk membuat kerja-kerja kesatuan seperti membentangkan contoh borang keahlian, letter head, chop kesatuan, resit bayaran, buku akaun, buku peraturan kesatuan untuk pekerja lain, jadual waktu berjumpa pekerja dan masalah-masalah pekerja lain.

18 May 1998:  Setiausaha Kesatuan  meminta kebenaran untuk melekat sijil pendaftaran Kesatuan di pondok penjaga dan di kantin daripada En. Taufik (H.R.D) dan En. Goh Boon King (P.K.). Tidak diberi kebenaran untuk melekat di mana-mana di premis kilang Guppy.

22 May 1998:  Kerja-kerja mengisi borang keahlian di kalangan ahli-ahli lama dan baru serta mengutip duit yuran masuk dan yuran bulanan. Kerja-kerja tersebut dijalankan oleh 7 orang AJK Kesatuan.

27 May 1998:  Pihak majikan yang terdiri daripada En. Simon, En. Taufik, En. Goh Boon King dan En. Lauta telah memanggil 3 orang ahli AJK iaitu Pn. Koyilvani, Cik Roshamiza dan Pn. Ratna untuk memberi amaran terakhir melalui surat kepada mereka. Pihak majikan telah berbicara selama 2-3 jam dengan setiap AJK tersebut 3 perkara utama iaitu – aduan polis yang dibuat oleh beberapa pekerja Guppy pada 10 Ogos 1997 tentang ugutan majikan, isu Saksama dan penubuhan Kesatuan Sekerja.

28 May 1998: Pihak Kesatuan telah memberikan satu surat berkenaan perjumpaan 27 May 1998 di antara pihak majikan dan Pengerusi Kesatuan untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan beberapa perkara iaitu: cara 3 orang AJK tersebut dipanggil untuk perjumpaan tersebut, tuduhan yang dilemparkan seperti mengaitkan AJK dengan isu keluaran SAKSAMA. Selain itu pihak kesatuan juga berterimakasih kepada En. Goh Boon King untuk mengadakan rundingan seperti yang diminta oleh Kesatuan selama ini.

28 May 1998:  Beberapa pekerja shif malam telah memberitahu Pengerusi Kesatuan bahawa En. Taufik bertanya kepada pekerja kenapa mereka masuk Union dan menentang Guppy walhal Guppy ada sediakan pelbagai kemudahan.

Simon dan Taufik telah pergi ke pejabat CDC. Mereka berjumpa dengan Sdra Arul dan Sivarajan. Semasa pertemuan, pihak SAKSAMA diberitahu bahwa kilang Guppy menyediakan banyak kemudahan untuk pekerja dan ingin tahu pekerja mana yang beri maklumat. Mereka berjanji tidak ada apa-apa tindakan akan diambil terhadap mereka. Arul dan Siva minta penjelasan supaya boleh beri pandangan majikan dalam SAKSAMA tetapi mereka cakap akan fikirkan. Arul dan Siva juga berkata tiada pekerja yang terlibat dalam penerbitan isu SAKSAMA.

29 May 1998:  Ahli Jawatankuasa (Pn. Ratna) telah menalipon En. Rosli dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan untuk bertanya tentang keengganan pihak majikan mengiktiraf kesatuan dan tentang masalah lain. Beliau telah suruh kesatuan mengumpulkan semua borang keahlian yang semestinya ¾ daripada keseluruhan pekerja dan datang berjumpa dengannya.

30 May 1998:  Pihak Kesatuan telah memberikan satu surat meminta pengiktirafan Kesatuan Sekerja Guppy daripada pihak majikan seperti yang dinasihatkan oleh En. Rosli dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan

31 May 1998: AJK telah membuat satu perjumpaan untuk membincangkan isu-isu berikut: (a) surat amaran terakhir-27 May (b) perbincangan dengan En. Rosli (c) surat pengiktirafan kesatuan, yuran bulanan, pengisian borang ahli dan jadual waktu jumpa pekerja-pekerja.

1 Jun 1998:      Pengurus Kilang (Goh Boon King) telah berjumpa dengan 5 orang supervisor production dan memberitahu mereka bahawa pekerja-pekerja telah membuat aduan terhadap supervisor bahwa mereka tidak membuat kerja di production line dengan baik.

Seorang pekerja telah berjumpa Pengerusi untuk memaklumkan bahawa Madam Wong (Supervisor) telah memarahi pekerja-pekerja di bawahnya kerana memasuki Union. Katanya, sesiapa yang masuk Union mestilah datang ke kerja 10 min lebih awal dan tidak boleh bercakap semasa bekerja.

Pada malam tersebut juga seorang Supervisor bernama Salasiah telah menalipon Pengerusi Kesatuan untuk memberitahu bahwa dia telah diberi surat amaran dan dipaksa tanda tangan surat tersebut. Jika tidak tanda tangan, dia diugut akan dihentikan kerja tanpa memberi pampasan.

4 Jun 1998:      7 orang AJK telah diberi surat pergantungan kerja atas alasan berikut:
(i) memberikan maklumat fitnah kepada pihak luar/mencemarkan nama syarikat
(ii) mengugut dan mengancam keselamatan pekerja
(iii) memaksa pekerja masuk Kesatuan
(iv) menjalankan aktiviti tidak berfaedah masa kerja

5 Jun 1998:      Pukul 9.00pagi, AJK telah berjumpa dengan Pengarah Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor Tuan Hairi untuk membuat aduan tentang penggantungan kerja. Beliau berkata perkara ini harus di buat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan. Beliau juga memberi maklumat berikut:
(i) Sediakan Borang A untuk mendapatkan pengiktirafan Kesatuan dari majikan. Kalau majikan tidak  beri pengiktirafan dalam masa 21 hari, buat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan – Borang C perlu dihantar.
(ii) AJK Kesatuan yang sah di bawah undang-undang juga boleh menjalankan kempen di luar premis kilang.

Pukul 2.45 tengahari, AJK telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan iaitu Tuan Johari. Kami telah membuat satu aduan bertulis tentang penggantungan kerja AJK Kesatuan. Beliau menasihatkan kami untuk menyediakan Borang A bersama buku peraturan Kesatuan dan hantar kepada pihak majikan dan salinannya kepada pihak IRD dan pihak Hal-Ehwal Kesatuan.

Pukul 3.30pm, AJK telah menyerahkan satu salinan aduan tersebut di pejabat Tuan Lim Ah Lek (Menteri Sumber Manusia)

8 Jun 1998:      Borang A bersama buku peraturan Kesatuan telah dihantar kepada pihak majikan Guppy Plastic Industries melalui pos laju.

Pada waktu pagi iaitu antara pukul 7.30 – 8.00, ahli AJK Kesatuan Pn. Rahimah dan Cik Roshamiza telah berkempen di luar premis Kilang Guppy: bertemu dengan pekerja-pekerja Guppy. Salah seorang pekerja bernama Cik Zaitun Ali memberitahu bahawa dia ada khabar bahawa Pengurus Kilang mungkin akan kena saman.

Waktu tengahari pula (12.30 – 2.00), Pn. Rahimah dan Pn. Koyilvani telah ke kilang Guppy untuk berkempen.

Waktu petang (5.30), Pn. Koyilvani menerima satu panggilan dari seorang pekerja Guppy bernama Malini yang memberitahu bahwa pihak majikan telah mengugut supervisor-supervisor untuk menandatangani satu surat yang mengaitkan AJK Kesatuan Sekerja Guppy dengan isu SAKSAMA. Diberitahu juga bahawa hal ini akan di bawa ke mahkamah oleh Goh Boon King pada hari Jumaat ini (12/6/1998)

Antara pukul 12.00 hingga 1.00 tengahari seorang pekerja Guppy iaitu Malini telah berjumpa Pn. Koyilvani di luar kilang Guppy. Dia memberitahu bahawa pagi tersebut En.Goh telah menyuruh Line F untuk membuat overtime kerana barang diperlukan segera. 5 orang pekerja line tersebut enggan membuat O.T kerana amat marah dengan tuduhan Pengurus Besar (Goh Chun Piau) sebelum ini yang mengatakan mereka itu malas dan makan gaji buta. Akhirnya, Goh Boon King telah memujuk 2 daripada pekerja tersebut untuk membuat overtime.

9 Jun 1998:      Salah seorang pekerja shif malam Guppy iaitu En. Maniam telah menalipon AJK iaitu Pn. Suzana bahawa Simon telah menemuinya dan meminta dia menandatangani satu surat. Kandungannya ialah: adakah anda masuk Union? Dan adakah kamu dipaksa memasuki Union? Bila Maniam enggan tanda tangan, Simon merayu, katanya, “tolonglah taukeh, awak mesti sign surat ini”.

AJK Suzana menalipon Taufik meminta mengirim surat klinik. Taufik pujuk Suzanah datang ambil sendiri. Dia juga menyatakan bahawa dirinya amat kesal dengan apa yang sedang berlaku.

10 Jun 1998:    Pukul 10 pagi, Pn. Koyilvani menerima panggilan daripada Malini (pekerja Guppy) melaporkan bahawa pihak majikan memanggil setiap line (5 orang) naik ke pejabat untuk menandatangani satu surat secara paksa. Kalau mereka tanda tangan, majikan tidak akan memberhentikan kerja mereka. Kandungan surat tersebut dari maklumat yang diberi oleh pekerja ialah:
(i) Adakah mereka yang masuk Kesatuan akan diberi 3 bulan bonus?
(ii) Apa kebaikan masuk Kesatuan?
(iii) Kesatuan itu diluluskan oleh pihak majikan
(iv) Isu Guppy dalam Saksama ada kaitan dengan AJK – itu sebabnya semua AJK di gantung kerja selama 14 hari.
(v) Goh Boon King yang memberi keizinan untuk pekerja tubuhkan Kesatuan Sekerja

12 Jun 1998:        7 orang AJK telah membuat satu aduan polis di Kajang (No. report 7778/98) terhadap pihak pengurusan Guppy Plastik kerana pihak pengurusan menuduh mereka menganggu pekerja-pekerja Guppy Plastik dan juga memaksa pekerja-pekerja Guppy menandatangani surat yang membuat pelbagai tuduhan terhadap pihak Kesatuan Guppy Plastik. Aduan dibuat untuk tujuan keselamatan. Pegawai Penyiasat ialah En. Shahrin.

14 Jun 1998:        AJK telah mengadakan satu mesyuarat umum dengan pekerja-pekerja Guppy Plastik dimana kehadirannya ialah seramai 20 orang. Ia bertujuan menerangkan perkembangan Kesatuan sejak ia diluluskan dan sikap majikan terhadap Kesatuan.

15 Jun 1998:        AJK telah membuat aduan ke-2 di Jabatan Perhubungan Perusahaan (En. Johari) tentang: (i) majikan memaksa pekerja tandatangan sepucuk surat yang membuat tuduhan palsu terhadap pihak kesatuan  (ii) majikan mencemarkan nama kesatuan

En. Johari telah menyatakan bahawa ke tujuh orang AJK yang digantung kerja boleh masuk kerja pada 18 Jun. Jika majikan tidak membenarkan mereka bekerja, beliau meminta AJK membuat aduan segera kepada pihak IRD, nama pegawai yang diberi ialah En. Kesavan.

17 Jun 1998:        AJK telah membuka satu buku akaun di Perwira Affin Bank dengan wang kesatuan sebanyak RM1,568 di masukkan bagi bilangan ahli seramai 196 orang

Semua AJK menerima surat dari pihak majikan yang meminta mereka datang ke pejabat pada keesokkan hari untuk mendengar keputusan penyiasatan. 3 AJK iaitu Pn. Koyilvani, Pn. Ratna dan Cik Ros (masing-masing memegang jawatan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha) di suruh hadir pada pukul 10.30pagi manakala 4 AJK lain diminta hadir pada pukul 4.00 petang.

Pada waktu malam, 7 AJK telah bermesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut.

Pada hari tersebut juga, AJK telah menerima berita bahawa 2 orang pekerja shif malam telah dihentikan kerja pada pukul 3.30pagi atas alasan mereka tertidur semasa bekerja. 2 pekerja tersebut dihentikan oleh Ah Chai (supervisor mereka) dan En. Goh Choon Piaw.

18 Jun 1998:    Pada pukul 8.00pagi, 3 AJK iaitu Ros, Vani dan Rahimah telah masuk kerja. Pada pukul 9.00 pagi, pengawal telah memanggil Ros dan Vani kerana Simon nak berjumpa mereka. Simon berkata “dalam masa penggantungan, anda tidak boleh kerja.”. Bila AJK bertanya, bukankah 14 hari itu telah tamat Simon berkata bahwa dia hanya mengira 14 hari kerja, tidak termasuk cuti.” Katanya lagi bahawa mereka harus datang pada pukul 10.00 pagi ke pejabat dan majikan berhak membuat 3 keputusan iaitu melanjutkan tempoh gantung, bekukan gaji dan bekukan gaji dan bonus selama setahun atau buang kerja tanpa sebarang ganti rugi.

Pada pukul 10.30pagi, ketiga AJK iaitu Ros, Vani dan Ratna telah masuk pejabat dan tunggu sehingga pukul 11.00 pagi. Simon telah mengarahkan 3 AJK untuk masuk bilik mesyuarat satu per satu. Koyilvani telah masuk dahulu. Sebelum sidang dimulakan, Vani telah meminta mereka semua mengenalkan diri. Mereka yang hadir ialah Taufik dan Simon sebagai pegawai penyiasat, Ng Tee Yee-pegawai pendakwa, Ng Seng Kiat – ketua panel, Goh Choon Piow – ahli panel wakil majikan dan Richard Ho- ahli panel biasa.

Taufik memberitahu bahawa dia telah siasat shif 1 dan 2 dan ada semua saksi. Simon berkata bahawa dia telah siasat shif 3 dan 6 orang pekerja telah memberi keterangan. Kemudian sidang dikendalikan oleh Seng Kiat, Richard, Choon Piow dalam Bahasa Inggeris. Vani kata dia tidak faham. Maka Taufik telah duduk di sebelahnya untuk perterjemahan.

Kata mereka, “kita dapati awak bersalah dan dipecat 24 jam dengan serta merta. Oleh kerana kamu telah kerja lama, kamu diberi 2 pilihan iaitu pampasan 3 bulan dan 2 minggu gaji penuh jika kamu mengaku bersalah. Jika kamu tidak mengaku salah, kamu hanya diberi gaji 14 hari gaji sahaja.

Simon banyak campur tangan semasa Seng Kiat sedang memberi keterangan. Dia juga berkata kepada Vani “awak tidak boleh soal kami, dengar saja cakap kami, kami tidak mahu jawab soalan kamu.” Kami nak bagi keputusan iaitu awak dibuang kerja. Semua adalah di pecat.”

Bila Vani tidak mengaku salah, dia diberi pilihan ke dua iaitu hanya 14 hari gaji.

Bila Vani keluar dan Ros masuk, semua mengenalkan diri dan dia disuruh dengar apa yang mereka cakap. Ros diberitahu bahawa dirinya didapati bersalah atas 3 sebab seperti yang terdapat dalam notis pemberhentian iaitu memberi maklumat tidak benar dan fitnah, mengedarkan risalah, menggunakan masa kerja untuk kegiatan tidak berfaedah. Ros juga diberi 2 pilihan dan Ros mengaku tidak bersalah.

Bila Ratna masuk, perkara yang sama seperti di atas berlaku. Bila Ratna bertanya, “Boleh saya tahu siapa saksi-saksi itu?” Simon berkata, “you tak perlu tahu apa-apa, we don’t have to tell you anything”. Ratna juga mengaku tidak bersalah.

Pada pukul 4.00 petang,  4 AJK iaitu Pn. Rahimah, Pn. Pabilah, Pn. Suzana dan Pn. Zaidah telah masuk sekali ke pejabat. Hanya Simon, Taufik dan Ng Seng Kiat ada dalam bilik mesyuarat. Simon berkata bahwa ‘dalam penyiasatan 12 hari ini, kamu semua didapati tidak bersalah. Oleh itu kamu diberi gaji penuh. Boleh mula kerja hari ini. Dalam masa bekerja, kamu semua tidak dibenarkan berjalan sesuka hati atau membuat aktiviti lain yang tidak berfaedah.” Dia juga berkata bahawa kebanyakan respondent telah mengatakan bahwa 4 orang AJK itu tidak terlibat manakala 3 orang lagi memang bersalah kerana mereka selalu datang awal untuk jumpa pekerja semua shif.

19 Jun 1998:    Pekerja-pekerja Guppy telah berbincang dan mengambil keputusan untuk menulis satu surat kepada pihak majikan membantah pembuangan 3 orang AJK tersebut. Surat tersebut dihantar pada 24 Jun 1998 dengan 103 orang pekerja Guppy menandatangani surat tersebut.

20 Jun 1998:    AJK, Pn. Vani telah berjumpa dengan pekerja-pekerja Guppy diluar Guppy Plastik dan pekerja-pekerja telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku ke atas 3 orang AJK dan mereka berkata ‘jangan risau, kami akan bersatu padu dan akan menyokong apa saja tindakan kesatuan dan akan cuba mendapatkan balik kerja untuk 3 AJK. Kami juga sanggup memulakan tabung sekiranya AJK yang dihentikan menghadapi sebarang masalah kewangan.”

21 Jun 1998:    Aduan ke-3 kepada pihak IRD terhadap pihak majikan Guppy yang mengugut dan memangsakan ahli-ahli kesatuan sekerja Guppy Plastik Industries Sdn Bhd

Aduan ke-4 kepada pihak IRD terhadap pihak pengurusan Guppy Plastik yang menghalang aktiviti Kesatuan (ancaman terhadap kesatuan, tomahan dan tuduhan terhadap AJK kesatuan, pemecatan/penggantungan kerja)

Aduan ke-5 kepada pihak IRD tentang pemangsaan ke atas kesatuan sekerja dengan membuang 3 orang pemimpin kesatuan sekerja Guppy Plastik secara tidak sah.

23 Jun 1998:    Aduan ke-6 kepada IRD terhadap majikan Guppy Plastic yang tidak memberikan pengiktirafan sementara kepada Kesatuan Sekerja Guppy Plastic atas alasan ahli tidak mencukupi dan pekerja dipaksa memasuki kesatuan.

24 Jun 1998:    Lebih daripada 100 pekerja menandatangani petisyen membantah pemecatan 3 pegawai kesatuan.

Borang C lengkap dengan butir-butir ahli Kesatuan Sekerja telah dihantar kepada Ketua Pengarah, Jabatan Perhubungan Perusahaan

30 Jun 1998:    Aduan ke-7 kepada IRD: isu pemangsaan kesatuan sekerja

1 July 1998:     Surat dari IRD, meminta AJK Kesatuan Sekerja Guppy menghadiri satu mesyuarat pada 14 Julai untuk membincang aduan Kesatuan mengenai campurtangan majikan dalam kesatuan sekerja

8 July 1998:     Aduan ke-8 kepada IRD tentang taktik-taktik kotor yang digunakan oleh pihak majikan Guppy untuk memangsakan pekerja-pekerja Guppy dari menyertai kesatuan sekerja dan melemahkan kesatuan sekerja.

13 July 1998:   Majikan Guppy telah menampal satu memo yang memaparkan kelebihan majikan Guppy seperti bonus 2.5 bulan setahun kepada semua pekerja, kenaikan gaji setiap tahun berbanding kilang-kilang lain dan lain-lain faedah. Memo tersebut juga memaparkan isu pemecatan 3 orang ahli kesatuan. Pekerja-pekerja mendapati maklumat dalam memo itu bukanlah benar semuanya. Oleh itu Kesatuan telah mengambil keputusan untuk membalas memo tersebut.

14 July 1998:   Surat dari IRD meminta AJK Kesatuan dan pihak majikan Guppy untuk membincang mengenai aduan kesatuan pekerja-pekerja Guppy Plastik.

24 July 1998:   Pihak IRD (Damansara) telah menghantar satu surat kepada ke tiga-tiga AJK yang telah dipecat kerja untuk menghadiri mesyuarat pada 7 Ogos 1998 untuk membincang isu ‘Representasi untuk diambil bekerja di bawah seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967’

5 Ogos 1998:   Kesatuan Sekerja telah menghantar satu surat membalas memo 13 Julai 1998

14 Ogos 98:     Dialog antara pihak IRD, 3 AJK yang dipecat dan pihak majikan Guppy. Dalam dialog tersebut beberapa tuduhan telah digugurkan iaitu (i) menggunakan masa kerja dan premis syarikat untuk menjalankan kegiatan tidak berfaedah kepada syarikat dan (ii) memaksa dan mengugut pekerja menyertai Kesatuan. Dalam mesyuarat ini juga tawaran pihak majikan Guppy tidak diterima oleh 3 AJK manakala tuntutan 3 AJK untuk diambil semula kerja tidak diberi kata putus oleh pihak majikan Guppy.

22 & 24 Ogos: Pengerusi Kesatuan, Vani menalipon IRD untuk mengetahui keputusan majikan tentang pengambilan semula kerja 3 AJK: majikan Guppy masih belum memberi kata putus.

26 Ogos 98:     Pengerusi Kesatuan menalipon IRD (Pn. Moryati) dan diberitahu bahawa pihak majikan enggan mengambil 3 AJK yang dipecat bekerja semula.

18 Sept 98:      3 AJK Kesatuan Sekerja Guppy telah menemui Pn Moryati untuk mengetahui tindakan seterusnya yang akan diambil terhadap kes pemberhentian kerja.

3 AJK ini juga menemui En. Awang Riduan dari ibu pejabat Hal Ehwal Kesatuan untuk membincangkan masalah-masalah pekerja dan pengiktirafan kesatuan sekerja.

28 Sep 1998:   Kesatuan membuat aduan kepada YB Menteri Sumber Manusia meminta campurtangan untuk menyelesaikan masalah pemangsaan terhadap AJK dan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy. 4 isu utama diutarakan isitu isu pengiktirafan kesatuan, pemecatan AJK Kesatuan, penindasan dan penganiyaan berterusan terhadap pekerja-pekerja Guppy dan masalah-masalah pekerjaan am di Guppy seperti ketiadaan kemudahan pengangkutan dan layanan buruk terhadap pekerja.

9 Ogos 1999:   Membuat aduan kepada JPP (Aduan ke-9) meminta sekali lagi untuk menyiasat tindak-tanduk pihak majikan Guppy yang menghalang pekerja memasuki kesatuan, mengugut dan membuli pekerja yang mahu menjadi ahli kesatuan.

27 Ogos 99:     Sekali lagi kesatuan membuat aduan kepada JPP (Aduan ke-10) untuk menyiasat majikan Guppy yang membuat tuduhan palsu terhadap naib pengerusi kesatuan dan terus memangsakan kesatuan sekerja.

9 Jan 2000:      Kesatuan bagi pihak pekerja-pekerja yang menandatangani kontrak baru atas paksaan majikan telah menulis suart kepada majikan untuk menarik balik surat perjanjian tersebut.

10 Jan 2000:    Surat Pekeliling dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy Plastic Industries (KPPG) kepada semua pekerja, memberi nasihat agar jangan menandatangani Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan tanpa memahami dengan jelas kandungan buku tersebut. Juga dinasihatkan untuk memberitahu kesatuan sekiranya pihak majikan memaksa sesiapa untuk menandatangani Buku Panduan tersebut.

Aduan (ke-11) di bawah Seksyen 8, 59(1) dan 4(1) Akta Perhubungan Perindustrian 1967 oleh KPPG kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan mengenai Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan yang mencabuli hak pekerja dan ahli kesatuan sekerja.

28 Feb 2000:   Kesatuan meminta YB Menteri Sumber Manusia campurtangan dalam isu penindasan pekerja di Guppy dan pemangsaan terhadap kesatuan sekerja. Kesatuan juga meminta YB menggunakan kuasanya untuk mengiktiraf kesatuan.

Aduan juga dibuat kepada Ketua Pengarah Buruh meminta beliau campurtangan dan menyelesaikan segala kepincangan dan penindasan yang berlaku di Guppy. Antara perkara yang diutarakan ialah taktik kotor majikan untuk memaksa pekerja tandatangan kontrak baru tersebut di mana ia menganiyai hak pekerja, syarat-syarat pekerjaan yang terlalu am dan diinterpretasi mengikut situasi.

23 Ogos 2000: Pihak majikan enggan mengiktiraf kesatuan atas alasan tidak mempunyai ahli majoriti.

10 Nov 2000:   Pihak majikan Guppy terus memangsakan AJK Kesatuan dengan memberi surat tunjuk sebab kepada 2 AJK atas alasan mereka tidak memohon cuti 3 hari sebelumnya. Walaupun amalan biasa tidak begitu dan AJK tersebut seperti biasa telah memaklumkan kepada penyelia masing-masing, tindakan sengaja diambil. Seterusnya bila pihak pengerusi dan bendahari kesatuan memaklumkan yang mereka akan mewakili kedua AJK semasa siasatan dalaman pada 27 November, mereka tidak dibenarkan masuk ke kilang dan siasatan dalaman di jalankan pada tarikh lain tanpa saksi bagi pihak AJK.

29 Nov 2000:   Sehubungan dengan perkara di atas, kesatuan membuat aduan (ke-12) kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan melalui surat bertarikh 29 Nov dan 2 Dis 2000.

18 Jun 2001:    11 orang pekerja diberhenti kerja dengan notis 24 jam dengan alasan umur mereka sudah melebihi 50 tahun.

29 Jun 2001:    20 pekerja mengadu kepada Kesatuan bahawa pihak majikan telah memecat mereka dengan 24 jam notis atas alasan mereka sudah mencapai umur persaraan.

2 Julai 2001:    Surat aduan kepada pihak majikan meminta pekerja-pekerja tersebut diambil semula untuk kerja. Surat tersebut juga menegaskan pekerja-pekerja Guppy tidak bersetuju dengan kandungan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan.

6 July 2001:     Kesatuan bagi pihak pekerja-pekerja wanita yang berumur 50 tahun ke atas membuat satu aduan di JPP kerana pihak majikan Guppy telah memecat pekerja-pekerja berumur 50 tahun ke atas secara tidak sah dengan memberi notis 24 jam. Aduan sama ditujukan kepada pihak majikan membantah tindakan mereka dan meminta pekerja-pekerja tersebut diambil semula. Surat tersebut disertakan dengan tandatangan 12 orang mangsa. Pihak majikan Guppy yang marah dengan tindakan kesatuan telah memburukkan nama kesatuan dengan menuduh Kesatuan memaksa 12 orang pekerja tersebut tandatangan surat bantahan tersebut.

23 Julai 2001: Surat kepada majikan daripada Kesatuan mengenai pemecatan pekerja-pekerja berumur 51-53 tahun secara tidak sah. Surat ini juga menyentuh tentang surat Kesatuan kepada pihak majikan bertarikh 9 & 10 January 2001 membantah isu umur persaraan dan perkara-perkara lain. Ia juga menyentuh tentang mesyuarat bersama antara pihak majikan, Jabatan Buruh, Jabatan Perhubungan Perindustrian, Kementerian Sumber Manusia dan KPPG mengenai bantahan pekerja terhadap syarat umur persaraan. Ia juga menyentuh tentang aduan dari pekerja bahawa majikan memaksa mereka untuk menandatangani Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan.

23 Ogos 2001: Pihak majikan Guppy kali ini campurtangan pula dalam urusan/aktiviti kesatuan. Pihak kesatuan telah mencadangkan kutipan derma kepada salah seorang pekerja yang ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan serius. Maka AJK-AJK berkenaan yang mengutip sumbangan dishif pagi telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada pekerja tersebut. Manakala kutipan sumbangan shif 2 dan 3 pula tidak sampai ke tangan kesatuan. Pihak majikan pula telah mengugut 2 AJK Kesatuan untuk menyerahkan kutipan sumbangan shif pagi sebelum pukul lima dan sekiranya gagal akan diserahkan kepada polis dan akan dijadikan kes curi. Tuduhan-tuduhan palsu yang sengaja dilemparkan untuk mengikis semua AJK dari kilang Guppy terus dibuat.

25 Ogos 01:     2 AJK yang terbabit (Sdri Rahimah selaku naib Pengerusi & Visaletchumi selaku timbalan bendahari) dalam isu tersebut di gantung kerja atas alasan menyerahkan wang kutipan tersebut kepada pengerusi Kesatuan tanpa izin majikan dan seterusnya mereka mencemarkan nama AJK dengan tuduhan mencuri. Muslihat pihak majikan untuk memangsakan AJK dan ahli kesatuan Guppy berterusan.

3 Sept 2001:    Kesatuan menulis surat kepada Menteri Sumber Manusia memohon beliau campurtangan dalam isu pemangsaan ahli-ahli kesatuan.

25 Sept 2001:  Aduan (ke-13) kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan terhadap majikan yang melanggar undang-undang Buruh (isu pekerja-pekerja Guppy di Prai)

26 Sept 2001:  Surat kepada JPP (ke-14) mengenai siasatan dalaman terhadap 2 AJK tersebut yang berat sebelah.

27 Sept 2001:  Kesatuan telah menghadiri rundingan damai di antara pekerja-pekerja terbabit dengan isu persaraan dan majikan yang diatur oleh JPP.

1 Oct 2001:     Kesatuan telah membuat aduan terhadap majikan kepada Pengarah Buruh Pulau Pinang mengenai layanan buruk syarikat terhadap pekerja – masalah pekerja yang diutarakan adalah berkaitan isu kenaikan gaji, bonus, cuti sakit, cuti tahunan, kenaikan pangkat dan kerja lebih masa.

3 Oct 2001:     Kedua-dua AJK yang di tuduh mencuri dipecat selepas siasatan dalaman yang tidak mengikut amalan undang-undang dijalankan. Kes difail di IRD dibawah Seksyen 20.

25 Oct 2001:   Kesatuan menulis surat kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (ke-15) Penang untuk membantah pelaksanaan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955 dan Perlembagaan Persekutuan Negara. Antara isu-isu tersebut ialah berkaitan Notis Penamatan, Waktu Bekerja, Umur Persaraan dan kenaikan gaji tahunan.

29 Okt 2001:   Aduan (ke-16) di bawah Seksyen 8 kepada Pengarah JPP terhadap majikan yang melakukan penindasan dan memangsakan AJK-AJK kesatuan.

29-30 Okt 01:  Dua orang ahli jawatankuasa kecil kesatuan di Prai iaitu Kumaresan dan Suriakala telah dibuang kerja. Aduan dihantar kepada Pengarah IRD mengenai isu pemangsaan ini.

25 Nov 2001:   Surat dari Kesatuan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (ke-17) membantah pelaksanaan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan oleh pihak syarikat Guppy. Sebanyak 32 perkara di bawa ke perhatian Pengarah JPP termasuk isu umur persaraan.

Disember 2001 – Jun 2002: Kesatuan telah menghantar 3 pucuk surat kepada pihak majikan berhubung isu pengiktirafan kesatuan. Tapi tiada respon dari majikan.

8 Jan 2002:      Surat dari Dato Dr. Toh Kin Woon (EXCO Negeri Pulau Pinang) kepada Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan meminta campurtangan menyelesaikan aduan pekerja-pekerja Guppy Plastic Industries membantah pelaksanaan Buku Panduan Syarat-Syarat & Peraturan Pekerjaan.

21 Jan 2002:    Pihak Kesatuan telah ke IRD Penang untuk membuat rundingan berhubung isu pemecatan kerja 2 AJk di Prai. Kedua-dua kes kemudian telah di rujuk ke Mahkamah Industri.

9 Feb 2002:     Berikutan aduan kesatuan mengenai Buku Peraturan, Jabatan Buruh Butterworth telah mengadakan satu rundingan di antara para pekerja dan pegawai Jab Buruh.

21 Mac 2002:  Kesatuan telah mengadakan perbincangan dengan pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Selangor mengenai urusan kesatuan.

8 Apr 2002:     Pegawai Jab Hal Ehwal Kesatuan, Pn. Siti Norhayati melawat pihak kesatuan di Cheras Jaya untuk membincang masalah-masalah kesatuan.

4 Jul 2002:       Kesatuan berjumpa dengan pegawai di Jabatan Perhubungan Industri di Putrajaya berkenaan semua kes pemecatan yang telah dirujuk.

2 Ogos 2005:   Pernyataan Kes yang difail oleh IRO bagi pihak pekerja-pekerja (9 orang) yang dihentikan kerja atas alasan mencapai umur persaraan, di Mahkamah Industri

5 Jan 2006:      2 AJK (Sdri Rahimah dan Visaletchumi) menang kes di Mahkamah Perusahaan dengan masing-masing menerima pampasan tapi mereka dilarang mengumumkan jumlah yang diterima kepada awam.

31.5.2006:       Kes pemecatan 3 pemimpin kesatuan: Perbicaraan semula dijalankan di Mahkamah Perusahaan 14 (No. 14(2)/4-707/98). Award 965 telah menolak tuntutan 3 pekerja tersebut iaitu pembuangan kerja secara tak sah.

19.7.2006:       Permohonan Semakan dalam Mahkamah Tinggi oleh 3 pemimpin kesatuan yang kalah perbicaraan di Mah Perindustrian.

4 Dis 2007:      Kesatuan menang kes pemangsaan ahli-ahli kesatuan di Mahkamah Perusahaan

6 May 2008:    Dalam kes pemangsaan kesatuan, mahkamah meminta majikan memberi lebih ruang kepada kesatuan untuk berfungsi termasuk menyingkirkan peraturan-peraturan dalam buku panduan pekerja yang menghalang aktiviti kesatuan. Pekerja migrant boleh jadi ahli kesatuan. Majikan setuju untuk membina hubungan dengan Jawatankuasa Kesatuan (Baru)

3 Julai 2008:    Kes umur persaraan: Keputusan Kes Mahkamah Perusahaan [No. 26 (14)/4-244/05, Award No. 1147] dibuat di bawah seksyen 30 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, memihak pihak pekerja.

13 Ogos 2008: Permohonan untuk perintah certiorari di Mahkamah Tinggi oleh pihak majikan (Goh Boon King, perayu) untuk membatalkan keputusan kes umur persaraan.

14.12.2009:     Mahkamah Tinggi mendapati pembuangan kerja 3 pemimpin Kesatuan Guppy adalah tidak adil, terlalu keras dan salah! Kes dirujuk semula ke mahkamah perindustrian untuk pengiraan pampasan dan gantirugi.

13 April 2010: Kes Umur Persaraan: pihak pekerja kalah di Mah Tinggi. Notis rayuan difail.

Oct 2011:        Pihak majikan Guppy mula bincang tentang pembayaran gantirugi tetapi majikan mula mengertak mereka dan berkata  dan meminta mereka mengambil 60% dan merahsiakan kemenangan mereka dan jika mereka enggan merahsiakan kemenangan mereka, maka Syarikat akan membuat rayuan di mahkamah rayuan dan ini mungkin akan mengambil lebih masa lagi.

30 Okt 2011: 3 orang pekerja ini merasakan bahawa pembuangan kerja mereka adalah tidak sah. 3 pekerja ini membuat kemputusan untuk menghebohkan sahaja kemenangan mereka. Sidang akhbar di hadapan syarikat Guppy.

31 Oct 2011:   Isu umur persaraan – selepas menunggu 1.5 tahun, pekerja- pekerja wanita yang kini berumur 60 tahun ke atas merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia untuk mempercepatkan pendengaran kes mereka – melalui memorandum

12 Jan 2012:    Perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan untuk isu umur persaraan [W2-02-1194-10]. Kes ditunda ke 21 Mar 2012.

21 Feb 2012:   Perbicaraan kes 3 pemimpin kesatuan di Mahkamah Rayuan: Keputusan menyebelahi pihak majikan.

——————————————————————————————————————–

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s