SISTEM EKONOMI SOSIALIS ALA MALAYSIA

Posted: September 11, 2016 in GENERAL

31hb Ogos 2016, ulangtahun sambutan kemerdekaan yang ke 59. Apakah maksud kemerdekaan untuk anda?

Adakah ekonomi Malaysia dipegang oleh masyarakat tempatan, adakah pekerja-pekerja yang bekerja lebih dari 8 jam sehari atau 200 jam sebulan dibayar gaji yang munasabah dan adil, adakah rakyat mempunyai rumah sendiri yang selesa diduduki, adalah rakyat mempunyai akses untuk pendidikan dan kesihatan dengan mudah, adakah rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan meluahkan pemikiran mereka agar kemanusiaan dan demokrasi terpelihara dan akhirnya adakah kita mempunyai satu pentadbiran yang telus dan memihak kepada kelas majoriti?

Jika anda rasa kita ada, maka mungkin kehidupan anda sudah cukup selesa dan percaya kerajaan sekarang akan pastikan keselesaan anda buat selamanya.

world-wealth-shared1.png

Jika anda rasa tidak, maka anda bukan keseorangan. Ramai yang tidak puas hati. Antara perkara yang sering diutarakan ialah:

  • Amalan Rasuah, Kronisme :  Pembaziran dan pemborosan wang & sumber untuk projek-projek yang tidak berguna (over development) termasuk cara hidup mewah ahli-ahli politik yang diundi oleh rakyat untuk menjaga kepentingan rakyat  bukan sebaliknya.
  • Politik dan polisi Perkauman
  • Sistem percukaian yang membebankan rakyar walhal syarikat-syarikat Transnasional di beri ‘tax holiday’
  • Rakyat tidak diberi hak melibatkan diri dalam segala pembentukan polisi dan undang-undang negara oleh ahli-ahli Parlimen yang di undi oleh rakyat
  • Kemudahan asas di swastakan dan tiada kawalan harga
  • Akta-akta Pekerjaan, Persatuan tidak melindungi hak pekerja
  • Akta-akta yang menekan hak kebebasan suara, berpersatuan, beragama
  • Sistem pasaran bebas ; financial trading ; forex trading ; Foreign Direct Investment yang tidak terkawal menyebabkan ekonomi tidak stabil. Kurang intervensi kerajaan untuk melindungi kumpulan masyarakat miskin dan tertindas dari penganiyaan sistem pasaran yang menentukan harga kemudahan asas termasuk gaji pekerja, harga rumah, kos barangan asas termasuk pendidikan dan kesihatan
  • Akta-akta yang memberi perlindungan kepada peniaga-peniaga besar untuk terus menindas golongan pekerja dan alam sekitar untuk tujuan keuntungan
  • Perbankan (Banking sistem): kurang akses untuk bantuan kewangan; kadar interest/faedah yang tinggi, polisi atau amalan-amalan yang tidak berprihatin terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Kurang kemudahan-kemudahan awam seperti pusat jagaan anak, dobi, dapur, tempat beriadah/cultural activities dan gardening – di kawasan perumahan atau tempat kerja – yang boleh menjalin interaksi (co-existence)
  • Pembangunan tidak sama rata dan masyarakat pendalaman masih kekurangan kemudahan asas. Rakyat miskin tak mampu beli rumah di lokasi-lokasi strategik, tiada kemudahan pengangkutan dan kesihatan.
  • Undang-undang yang mendiskriminasi pekerja migran & pencari suaka. Undang-undang yang gagal melindungi kepentingan kumpulan masyarakat yang lemah seperti anak yatim piatu, yang kurang upaya dan orang tua
  • Golongan muda tidak diberi ruang untuk mengembangkan potensi dan kewibaan mereka secara bebas. Sistem pendidikan yang rigid dan fokus kepada pencapaian akademik mengongkong perkembangan mental individu-individu yang berlainan kapasiti.
  • Kurang pelaburan dalam industri-industri yang lebih sustainable/mampan seperti makanan (padi, sayur-sayuran) dan pemuliharan alam sekitar.

rich-poor

Tidak bersalah untuk mengimpikan perubahan dan satu sistem ekonomi yang lebih adil kan? PSM mengorganisasi satu bengkel di kalangan ahli-ahli PSM untuk mengetahui apakah bentuk ekonomi ala Sosialis yang sesuai di Malaysia.

Kita perlu satu ekonomi campuran yang megimbangi diantara keperluan kumpulan asas, sekunder dan kemewahan. Apa yang dicadangkan ialah segala perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan harus sepenuhnya diambil alih oleh kerajaan agar rakyat mempunyai akses dan setiap orang mencapai tahap kesihatan dan pendidikan paling tinggi.

Perkara-perkara seperti Bank, perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana termasuk insuran mesti dikawal dengan undang-undang dan regulasi agar rakyat biasa tidak dianiyai  dan tidak terlalu dikawal oleh pasaran bebas.

Manakala perkara-perkara yang berbentuk kemewahan seperti pasaran kewangan harus dikenakan cukai tinggi.  Begitu juga koperat-koperat besar harus dikenakan cukai tinggi.

Kita perlu melaksanakan sebuah kajian secara terperinci berdasarkan pengalaman beberapa negara seperti CUBA, Venezuela, Sweden, Norway dan lain-lain untuk mengubal satu sistem ekonomi yang membawa kesejahteraan kepada majoriti.

Sekian
Letchimi

Hari Antarabangsa mengingati Perdagangan dan Penghapusan Hamba jatuh pada 23 Ogos setiap tahun.

Pada malam 22 hingga 23 Ogos 1791, lelaki dan wanita dari Afrika yang dijual sebagai hamba, telah bangun memberontak terhadap sistem hamba untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan Haiti.  Kemerdekaan diperolehi pada Januari 1804. Pejuang-pejuang Haiti telah mengalahkan 3 kuasa besar Eropah ketika itu – Britain, Perancis dan Sepanyol. Kebangkitan yang berlaku merupakan satu titik perubahan dalam sejarah manusia. Ia telah memberi kesan kepada penubuhan hak asasi manusia sejagat.

Menurut UNESCO (Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pendidikan, Saintifik dan Pertubuhan Kebudayaan) Hari Antarabangsa bagi mengingati Perdagangan Hamba dan Penghapusan ini sebagai tanda menghormati semua yang memperjuangkan kebebasan, dan mengajar tentang cerita mereka dan nilai-nilai di dalamnya. Kejayaan pemberontakan ini, yang diketuai oleh hamba itu sendiri, adalah satu inspirasi besar untuk memerangi segala bentuk perhambaan, perkauman, prejudis, diskriminasi kaum dan ketidakadilan sosial yang merupakan warisan perhambaan.

Adakah anda rasa, diri anda bebas atau terperangkap bagai hamba yang tak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dan membenarkan diri di tindas dan dihina oleh mereka yang lebih berkuasa?

is-malaysia-a-hub-for-modern-slavery

Menurut laman https://www.walkfree.org/modern-slavery-facts/, lebih daripada 45.8 juta penduduk diperhambakan. Menurut ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), anggarkan 68% manusia dijadikan buruh paksa dan separuh dari mereka pula adalah wanita dan kanak-kanak perempuan, laporan Pemerdagangan Manusia mengatakan seorang dalam 3 mangsa pemerdagangan adalah kanak-kanak, laporan (2014) keluaran Jabatan Buruh Amerika Syarikat berkata 136 barangan keluaran 74 negara di dunia menggunakan buruh kanak-kanak.

Menurut laman  http://www.changeyourworld.com.my/about-us/modern-day-slavery/  yang membawa fakta-fakta mengenai Perhambaan Zaman Moden di Malaysia. Kebanyakan mangsa pemerdagangan di Malaysia adalah di kalangan 2 juta pekerja migran yang berdaftar dan 1.9 juta yang tidak berdokumen. Pada tahun 2007, lebih daripada 1,600 kanak-kanak dilaporkan hilang di Malaysia, 86% adalah kanak-kanak di bawah 18 tahun. Dari tahun 2011-2012, 10,765 kanak-kanak hilang. Ini bererti, secara purata seramai 15 kanak-kanak hilang dalam sehari. Mereka dipercayai di culik untuk tujuan seks, buruh atau organ. Di Malaysia, perhambaan moden di bahagi kepada 9 kategori iaitu

  1. Pekerja Domestik – menurut laporan Tenaganita 56% pekerja mengalami penderaan fizikal dan 20% di dera secara seksual. Kezaliman lain seperti tidak diberi makanan, gaji tidak dibayar dan dipaksa bekerja 7 hari seminggu tanpa rehat.
  2. Pekerja Migran – mereka ditipudaya dengan janji-janji manis sehingga ramai mengambil hutang atau jual harta benda untuk sampai ke Malaysia. Gaji yang dijanji tidak diterima dan mereka tersangkut dalam hutang yang tidak boleh dibayar balik. Ini berlaku dalam semua industry termasuk perniagaan kecil. Menurut The Economist, seorang dalam 4 pekerja dalam sektor elektronik di Malaysia adalah buruh paksa.
  3. Nelayan – keluarga tempatan dan pekerja migran yang sangat miskin diperdaya untuk bekerja di sektor perikanan. Dijanjikan keuntungan lumayan tapi ada yang diculik dan dijadikan buruh paksa – nelayan terpaksa kerja beberapa tahun di tengah lautan dimana mereka didera, dizalimi malah dibunuh dan dibuang dalam laut!
  4. Pemerdagangan Seks – wanita dan kanak-kanak diculik dan dijual kepada sindiket pelacuran di Malaysia dan di luar Negara. Ada yang di perdaya dalam hubungan romantik dan gambar-gambar lucah mereka diambil dan kemudian gunakannya untuk mengugut mereka masuk pelacuran secara paksa. Dilaporkan terdapat lebih 142,000 kegiatan pelacuran di Malaysia.
  5. Pedofilia – mangsa adalah kanak-kanak lelaki berumur di bawah 13 tahun. Di antara tahun 2012 dan 2014, lebih 8,000 kanak-kanak dilaporkan hilang di Malaysia. Ramai kanak-kanak itu ditemui dalam perdagangan seks kanak-kanak di Thailand, Indonesia, Taiwan dan negara-negara lain.
  6. Pemerdagangan Organ – Anak-anak muda diculik untuk organ mereka, yang dijual di pasaran gelap. Pesalah mencari mangsa di tempat-tempat seperti kelab atau pub dan membuat mereka mabuk atau diberi dadah. Sementara mangsa masih hidup tetapi tidak sedarkan diri, pesalah mengambil organ mangsa.
    1. KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis untuk menyiasat dakwaan sebuah hospital tempatan bersekongkol dalam perdagangan buah pinggang haram. (Akhbar Star, 26 Sept 2011)
  7. “Mail-order Brides” – ini merujuk kepada agensi-agensi yang memperdaya dan membawa masuk wanita dengan janji pekerjaan sebaliknya mereka dijual sebagai pengantin.
  8. Di Paksa Mengemis – Kanak-kanak diculik dan dipaksa mengemis wang. Kadang-kadang mereka di cederakan teruk untuk mendapatkan simpati daripada orang ramai. Kes telah dilaporkan di negara-negara jiran kita.
  9. Perdagangan Bayi – Wanita mengandung anak dengan niat untuk menjual bayi mereka untuk keuntungan. Pelajar universiti adalah biasanya sasaran utama kerana mereka memerlukan wang untuk yuran dan lain-lain. Wanita-wanita ini dibayar mengikut kualiti bayi. Harga setiap bayi adalah di antara RM20, 000 -RM60, 000.

malaysia_slavery

Pada pandangan saya, hampir lebih 90% penduduk dunia adalah hamba. Bukan setakat kategori-kategori di atas sahaja. Ramai daripada kita tidak dapat mencapai perkembangan sepenuhnya kehidupan ke mod tertinggi kesempurnaan, kecuali mungkin aktivis-aktivis sosial, ahli saintis, artis, sastrawan dan mereka yang berani memilih cara hidup yang mereka suka dan bukan atas desakan atau norma masyarakat.

Ramai lagi golongan pekerja seperti saya terdesak untuk hidup dalam satu norma yang ditentukan oleh sistem. Contohnya, terpaksa membuat sesuatu pekerjaan untuk menjaga keluarga, terpaksa mencari sejumlah pendapatan untuk kemudahan asas dan prestij sementara terkongkong oleh sistem yang mendesak kita bekerja lebih dari 10 jam, berhijrah ke negara lain untuk mencari kehidupan lebih baik dan ada juga yang menyeleweng mencari jalan singkat untuk mendapatkan kekayaan.  Saya ingin memetik dari tulisan Oscar Wilde, 1891 bertajuk ‘The Soul of Man under Socialism’. Katanya, “kita tidak boleh melepaskan diri dari keperluan hidup untuk orang lain, yang dalam keadaan sekarang hampir-hampir tidak sesiapa pun boleh melarikan diri. Ini kerana kita dibelengui dengan kemiskinan, kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah dan kezaliman. Kemiskinan tidak boleh diselesaikan dengan memberi sedekah. Tujuan kita seharusnya untuk mencuba dan membina semula masyarakat atas apa-apa asas bahawa kemiskinan akan menjadi mustahil. Contohnya, orang yang paling teruk adalah pemilik-hamba yang berbuat baik kepada hamba-hamba mereka yang sebenarnya menghalang pemberontakan terhadap sistem yang sememangnya disedari oleh mereka yang menderita daripadanya, dan difahami oleh mereka yang dimaksudkan itu.”

 

Oleh itu, selagi kita buat bodoh dan menerima sahaja segala kezaliman dan tipu daya sistem kapitalis dan kroni-kroni politik mereka, menerima sedekah mereka dan cuba berpuas hati, walaupun pada hakikatnya kita sedar akan segala bentuk ‘perhambaan’,  ‘kebebasan’ tidak akan di rasai malah dalam mimpi pun. Seperti kata ramai pemikir-pemikir ulung, hanya manusia yang melawan arus dan memberontak terhadap kezaliman diterima oleh sejarah.

 

Sekian
Letchimi Devi

Somehow today I have this strong urge to write about refugees. Not because of World Refugee Day but simply because most of the write-ups I am reading in conjunction with WRD seems to be only talking about laws and human rights. The people, the refugees, their survival ability and endurance seems more relevant to me.

Never mind the law! After all, it doesn’t even protect all of us who are considered rightful citizens of this country. Laws in capitalist country are not made for ordinary working class. It’s for the rich and powerful. I am sure you have heard of the recent study by ITUC (International Trade Union Confederation) that says ‘global supply chains of 50 companies employ only 6% of people in a direct employment relationship, yet rely on a hidden workforce of 94%’. There go laws and human rights!

Having the opportunity to work with asylum seekers and refugees for past 12 years, I find that they are one of the most inspiring people. When they arrive in Malaysia for asylum, majority of them practically start from ‘zero’ – unknown people, unknown language, no money, no shelter, and no guarantee of next meal, no idea who to trust or not trust. Above all they have to find their means of living in hiding to avoid authorities.  It’s even worse if they have medical conditions. Humiliation, hunger and abuse that they have to endure for years are mind boggling.

I just can’t imagine a life of not knowing what’s going to happen next. Imagine you are not single but you flee with family, elderly parents and children. Education, hope, motivation and future basically are none-existence. Regardless, many of them are surviving here in Malaysia.

Some of them are here in Malaysia for almost 2 generation, some are new arrivals.  The communities help each other to live with dignity. They use their skills, knowledge and will power to move on. Some of them take the initiative to organize themselves as community organization in order to help their members with the entire problem mentioned above. They run community school, organize medical clinics, and provide counseling services that range from marriage counseling to detention and arrest by police and immigration. They even conduct marriage and burial ceremony with help of religious organizations. They reach out to donors and local organizations for support. They try their best to give motivation and some hope to their people through sports, skills trainings and excursions.    They have very little in terms of dollars and cents but their endurance and humanity level is admirable.  Whenever there is cry for help, these community organizations are the first to reach them. Believe it, some of these refugee community organizations even extended support and donation to Malaysians, some two years ago when part of Malaysia were flooded and many were evacuated!

I have seen many individuals among the refugees with such strong courage including single mothers who are successful in their attempt to provide for their family through home based business, managing small farm, provide repair and maintenance service. Despite their low or uncertain income, they still share some portion of their earnings to help other community members in need. They share what little space they have with others who can’t afford it.

In this environment, they also endure criminality that emerges such as trafficking, kidnapping, begging syndicate, and so on but are they to be blamed when the system is at fault. ‘Current system’ we are living in breeds war, racial discrimination, institutionalized crime, disease, poverty and environmental disaster.

Let’s hope that we Malaysian develop more empathy towards refugees. The system will not allow us to be ‘peaceful’ for long. I am sure if some catastrophe happens in future and some of us had to flee to another country for asylum, we want to be treated well.

I, for once can’t imagine having such endurance of taking care of myself, my family and on top of that my community in an environment like Malaysia where refugees are denied fundamental human rights.  Salute, to refugee comrades in Malaysia.

malaysia-myanmar-refugees

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Letchimi

Pada bulan April 2015, GST di laksanakan oleh kerajaan BN pada kadar 6%. GST, cukai yang dikenakan kepada pengguna. Cukai yang dipaksa ke atas rakyat. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkata ekonomi Malaysia selamat kerana GST. Sebanyak RM51 billion hasil cukai dikutip pada tahun 2015 berbanding RM37.2 billion pada tahun 2014 tanpa GST. Ketua Menteri Pulau Penang, Guan Eng pula berkata GST bukan selamatkan ekonomi Malaysia. Ia hanya selamatkan Najib. Menurutnya, tabung simpanan Penang telah meningkat dari RM572.50 juta pada tahun 2010 ke RM880.75 juta pada tahun 2014 tanpa GST. Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamed Abduh pula berkata, bagaimana Najib boleh kata GST bawa berkat walhal adalah salah di sisi agama Islam untuk mencukai orang miskin!

Seramai 79 aktivis-aktivis dari PSM (Parti Sosialis Malaysia) dan beberapa kumpulan NGO lain yang berkempen untuk bantah GST yang membebankan rakyat pula telah didakwa dan lebih setahun kes di mahkamah. Perbicaraan ditetapkan pada 29 Feb – 3 Mar 2016. Tidak cukup di cukai secara paksa, yang membantah mahu diheretnya ke penjara!

Kerajaan BN Tak Peduli Dengan Nasib Rakyat Miskin!

keluargapendapatanrendahPuan Nor Hazliza dari Kajang mempunyai 4 orang anak (berumur 1-8 tahun) dengan pendapatan bulanan kurang dari RM1,500 berkata bahwa sewa rumah telah meningkat, harga pampers, susu, ayam dan sebagainya sudah naik, tambang bas sekolah sudah naik – macamana kerajaan sanggup mencukai orang miskin macam saya? Selain BRIM, kerajaan harus kenalkan catuan makanan (food ration) untuk membolehkan keluarga miskin mendapat makanan asas percuma setiap bulan, katanya. Melihat keadaan rumah beliau yang hanya ada perkara asas seperti dapur, tilam dan peti sejuk yang masih belum habis dibayar hutang, langsung tak merungut. Cuma harapkan kerajaan lebih prihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

Sharmila berumur 20 tahun yang sedang menunggu keputusan STPM, tinggal bersama ibu dan adiknya pula amat risau dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk. Katanya, “rakyat bantu kerajaan dengan GST, tapi bagaimana dengan kami, siapa bantu kami?” Teguran Sharmila kepada kerajaan, “BRIM bukan penyelesaian, naikkan gaji pekerja kepada sekurang-kurangnya RM1,500, barulah keluarga berpendapatan rendah macam kami mampu hidup dengan maruah”. Sharmila bercita-cita meneruskan pendidikan agar dapat memperbaiki keadaan hidup mereka. Sehingga hari ini keluarga ini tiada rumah sendiri. Bagaimana mungkin dengan pendapatan seisi keluarga kurang dari RM1,500. Dengan kos pendidikan semakin tinggi, peluang pekerjaan yang tipis, gaji rendah dan kadar hutang isi rumah semakin naik, mampukah mereka?

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ipsos Malaysia Sdn Bhd berhubung hasil kajian mereka dikalangan 1,002 rakyat Malaysia, didapati GST telah mengubah tabiat membeli belah di kalangan 61% orang.  28% orang belanja lebih untuk memenuhi keperluan kerana harga barangan sudah meningkat dan nilai Ringgit telah jatuh. Manakala 33% kurangkan perbelanjaan untuk berjimat cermat.

poorrichEncik Lim Sue Goan telah menulis satu artikel (diterbitkan oleh Malay Mail online) mengenai jurang kaya miskin yang semakin besar di Malaysia. Beliau merujuk kepada 2 berita terkini yang dilaporkan iaitu:

  • Lebih kurang 18,675 mahasiswa  di universiti tempatan tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk makanan yang sewajarnya.
  • Penjualan kereta Mercedes telah melompat 56% atau 3,913 unit tahun lalu.

Apakah ini menunjukkan?

Harga barang mula naik selepas GST berkuatkuasa, diikuti dengan penghapusan subsidi oleh kerana keadaan kewangan kerajaan sempit (termasuk rebat elektrik dan tambang pengangkutan awam menjunam), ditambah dengan penurunan nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan import melambung. Seolah-olah ia tidak mencukupi, PTPTN telah mengurangkan pinjaman untuk pelajar universiti awam sebanyak 5% dan kolej swasta sebanyak 15 %.

Walaupun kerajaan boleh memanggil GST sebagai penyelamat ekonomi negara, cukai GST 6% benar-benar membebankan golongan miskin. Kata beliau, jangan kita lupa, ada 40 peratus keluarga di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Pendapatan yang mereka usahakan, hampir tidak cukup untuk memenuhi keperluan.

Kepada mereka yang kurang kemampuan nasi RM2 pun satu perkara besar tetapi kepada mereka yang kaya-raya, RM2,000 untuk menjadi ahli golf adalah terlalu remeh untuk disebut sekali pun. Bank Dunia menganggarkan bahawa pekali Gini Malaysia berada pada 0.462, di atas paras 0.4 iaitu paras amaran, memandangkan yang terkaya 15 peratus mengawal 80 peratus daripada kekayaan keseluruhan masyarakat itu. Jurang ini dijangka melebar lagi, menyemai benih ketidakstabilan sosial.


Salam Perjuangan
Letchimi Devi

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Secretary-General Sivarajan Arumugam says the assurance given by the Malaysian Muslim Restaurant Owners Association (Presma) that food prices will remain despite the flour price increase is a lie.

Sivarajan said the same excuse was given previously when the government made similar moves in order to keep the people happy.

“They (Presma) say that the prices for goods are controlled, but we have seen prices of many items going up within a year.

“With the price of flour increasing, it is for sure that bread products and roti canai will be affected,” he told reporters during a press conference.

PSM: Why is wage hike only RM100?

| March 2, 2016

Party secretary-general says increase in minimum wage not enough to cope with rising cost of living.

Sivarajan-Arumugam_psm_gaji_600

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) secretary-general Sivarajan Arumugam is unhappy that the National Wages Consultative Council (MPGN) increased the minimum wage by only RM100.

It accused MPGN of lying and failing to provide a reasonable excuse for increasing the wage by such a small amount.

PSM has been pushing for a minimum wage of RM1,500 for workers.

“We are very dissatisfied. We can’t accept the fact that the government only increased the minimum wage by RM100 after more than three years,” he told reporters at a press conference.

Sivarajan said PSM had contacted MPGN previously to seek an explanation.

Instead, they were told that MPGN could not answer these questions because they were bound by Section 54 of MPGN Act 2011 (Act 732), which prevented them from revealing confidential information from its meetings.

“The excuse MPGN gave is a trick to hide the fact that the RM100 increase is not justified.”

The group urged MPGN to reveal the key indicators used to calculate the minimum wage.

PSM, he said, would continue to push the government and MPGN to comply with its demands to increase the minimum wage to RM1,500.

PSM also claimed that the government’s decision to not set the minimum wage at RM1,500 had “victimised” the people as they were forced to deal with the increasing cost of living.

Prime Minister Najib Razak had announced – when tabling the recalibrated 2016 Budget – that the minimum wage would be raised to RM1,000 from RM900 in Peninsular Malaysia and from RM800 to RM920 in East Malaysia.

Marx8_001b a5 posterIGP: It’s a crime to attend Marxism course    Police will take action against members of the public who attend a course on Marxism organised by Parti Sosialis Malaysia (PSM), warned inspector-general of police Khalid Abu Bakar.

“It’s not just the organisers, but participants who attend the (Marxism) course, which is against the law, will also have action taken against them by the police,” Khalid tweeted today.

Illegal? Show us in black-and-white, Marxism course organiser tells IGP

BY A. RUBAN

Parti Sosialis Malaysia (PSM) central committee member S. Arutchelvan said it was unfair for the police to issue a public statement banning the event without notice. — Picture by Choo Choy May

KUALA LUMPUR, Mar 2 ― Instead of tweeting about it, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar should issue a formal statement to convey what is wrong with holding a course on Marxism, its organiser said today.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) central committee member S. Arutchelvan said issuing statements through the microblogging platform was inappropriate as the organiser and the participants deserved to know what laws they were in danger of breaking.

“The police cannot ban an event through Twitter. He should use the proper procedure, like a notice or a letter,” Arutchelvan told Malay Mail Online when contacted for response to the IGP’s latest remark.

Khalid had previously tweeted that the police will act against the organiser if it went ahead with its crash course on Marxism March 20 at the Petaling Jaya Cultural Hall in Selangor.

Earlier today, he issued another warning, again through Twitter that it was against the law to even attend the course and the police would act against not just the organiser but participants too.

Arutchelvan said it was unfair for the police to issue a public statement banning the event without notice.

He added that a police officer had contacted him earlier today to arrange to record his statement on March 11 and made no mention of a ban or punitive measures if PSM proceeded with its Marxism course as scheduled.

“Let him give us something in black-and-white and then we will contemplate on taking legal action against the ban because I don’t see any laws that is being violated from organising the event,” he said.

Arutchelvan also questioned the rationale in banning the Marxism crash course when the subject was taught in schools and universities, and books about it were also readily available.

“What is he going to do next? Ban all books on Marxism at libraries also?” he asked.

He added that PSM’s course on Marxism was purely for educational purposes and had nothing to do with current political affairs in the country.

Marxism is the socioeconomic theory based on the teachings of German philosophers Karl Marx and Friedrich Engels, but is often conflated with the Marxism-Leninism political philosophy that is often tied to communist regimes.

Civil liberties lawyer Syahredzan Johan told Malay Mail Online that he was puzzled by the IGP’s Twitter remark that it was illegal for anyone to organiser or attend a course on Marxism in the country.

“I honestly cannot think of any laws a person can be prosecuted or punished for attending or organising a Marxism course.

“Or maybe the police would act on them by saying that the course promotes terrorism or something like that,” Syahredzan said when contacted for comment.

Khalid has promised stern action against anyone who takes part in the March 20 Marxism course, whether it is the organiser or participant.

In his warning today, he wrote in Malay: “Not just the organiser, participants who attend this course is going against the law and action will also be taken by @PDRMsia” but did not elaborate on which law they were in danger of breaking.

Contacted for clarification later, Khalid told Malay Mail Online in a brief WhatsApp text message to ask him again in a press conference.

IGP’s cold war mentality brings shame to Malaysia

The IGP’s assertion that PSM’s planned crash course on Marxism as an attempt to revive communism is an utter disgrace to the Malaysian Police as well as Malaysia in general.

DAPSY is against any efforts to revive communism, but the IGP’s shallow attempt at smearing healthy debate and discussion of Marxism as propagating communism and his order to shut down free thought – a clearly fascist practice – he himself has shown fascist tendencies.

In this age of rising and grave economic inequality, a diagnosis accurately hypothesised one and a half century ago by Marx, with more and more of his documented thoughts and predictions becoming reality, the counter Capitalistic thoughts of Marx should be debated and discussed.

The war of ideologies fell together with the Berlin Wall. The healthy and adversarial contestation of political ideas of governance between the left and the right is for Politicians and policy makers, and definitely not for the Police to play any part in.

The IGP needs to wake up from his cold-war mentality and return the reality of 2016, where forces from both the political left and the right must unite to fight extremism. As the head of the police, such ludicrous statements cannot and must not be tolerated.

I have just had a meeting with over 200 youths, representing more than 60 organisations from more than 50 countries; ALL who commented on the revelation of the Malaysian IGP’s senseless statement expressed astonishment and condemnations.

The IGP has no place to dictate to the people what political ideology to subscribe to. His assertion is clearly a political attack against PSM and proponents of the counter capitalistic movement; revealing his allegiance to the ruling regime whose very existence counts on the thriving of crony capitalism.

As president of IUSY, the world’s largest youth political organisation in the world, but first and foremost as the International Secretary of DAPSY Malaysia, I condemn the IGP’s feckless and reckless abuse of power in stifling Malaysian’s freedom of healthy political discourse. I call for his immediate resignation, and immediate withdrawal of such backwards and oppressive intentions and potential actions.

Howard Lee Chuan How
DAPSY INTERNATIONAL SECRETARY & SA FOR PASIR PINJI

Against law to attend Marxism course, IGP tells would-be participants

KUALA LUMPUR, March 2 — National police chief Tan Sri Khalid Abu Bakar warned Malaysians against attending a Marxism course organised by Parti Sosialis Malaysia (PSM) later this month, saying it is against the law.

The inspector-general of police had previously promised to take action against the organiser if they went ahead with the planned course.

“Bukan shj Penganjur, Peserta yg hadir Kursus menyalahi Undang2 ini, akan turut diambil tindakan oleh @PDRMsia,” Khalid wrote in Malay on his official Twitter account @KBAB51.

[Translation: “Not just the organiser, participants who attend this course is going against the law and action will also be taken by @PDRMsia”.] However, it is unknown what law the organiser or participants would be violating by attending the course as the IGP did not elaborate.

Khalid had previously tweeted that the police will not allow the Marxism course scheduled for March 20 at the Petaling Jaya Cultural Hall in Selangor.

Marxism is the socioeconomic theory based on the teachings of German philosophers Karl Marx and Friedrich Engels, but is often conflated with the Marxism-Leninism political philosophy that is often tied to communist regimes.

Wan Saiful Wan Jan, chief executive of think tank Institute for Democracy and Economic Affairs had previously chided the IGP for warning stern action against the organiser.

He said it was unacceptable to bar ideas or ideologies simply because authorities did not agree with or approve of them.

No go for PSM’s Marxism crash course

KUALA LUMPUR: Police will summon officials of Parti Sosialis Malaysia (PSM) for questioning over a planned crash course on Marxism the party was organising next month.

Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said today police will not allow the course to be held as it can be seen to be an effort to revive communism.

“We will call up the organisers.” he said on Twitter.

PSM central committee member S. Arutchelvan who replied to Khalid’s tweet said his party was prepared to explain and give its cooperation to police.

“The truth is we have no intentions of reviving communism but only democratic socialism.” he said.

The eight-hour crash course called “Kursus Marxisme Kilat” and planned to be held on March 20 at the PJ Cultural Hall was advertised on PSM’s official website.

Aruchelvan said PSM is a registered political party that supports democracy.

He said police attempts to disallow the course to proceed was an attack on the freedom of speech and an attempt to divert attention from pressing issues faced by the country.

“The course is on (Karl) Marx’s criticism of capitalism, failures of communist countries and other related subjects. It is merely an educational session and these are thought in universities worldwide. The course is not to related or connected to the current state of affairs with Marxism or promote the ideology.” he told theSun.

Arutchelvan said in 2011, in a similar misunderstanding, six PSM members were arrested and detained for treason on suspicion of promoting communism.

He said subsequently the six members were freed and won a legal suit against the police for unlawful detention and were awarded RM200,000 in damages.

Will a critical thinking society ban a course on Marxism?

February 29, 2016

Instead of being hailed as the standard bearers of our Education Blueprint vision to develop the 21st century skills of critical and creative thinking, it seems PSM is being denigrated as the purveyors of subversive teachings.

COMMENT

Das-KapitalBy Kua Kia Soong

The Malaysia Education Blueprint 2013-2025 claims to “develop 21st century skills such as critical and creative thinking” and further laments that our graduates lack critical thinking and communication skills.

How does this noble intention square with the latest pronouncement by the Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar that he wants to ban a course on Marxism organized by Parti Sosialis Malaysia (PSM)?

The revival of interest in Marxist analysis

Ever since that most catastrophic crisis of world capitalism in 2008, the revival in interest in Marxist analysis has seen the sales of Das Kapital, Marx’s masterful critique of political economy soar to unprecedented levels. Young people in the West are especially keen to know the source of the capitalist crisis as workers and other taxpayers have bailed out the banks to keep the capitalist system going amidst increasing debt, job insecurity and austerity measures.

Recently, as part of its ‘Masters of Money’ series the BBC looked at the ideas of John Maynard Keynes, Friedrich Hayek and finished by looking at the economic ideas of Karl Marx. The presenter thought there were important insights to be found in Marx, particularly his perspective on the inequality of capitalism and its instability. She also made the observation that Marx’s description of capitalism is truer now than when it was first made, noting the compulsive nature of the drive for profit within the capitalist system that is also the source of periodic crises.

Marx’s theory of surplus-value expounded in Das Capital is his most revolutionary contribution to economic science as well as the materialist interpretation of history. His discovery of the development trends of the capitalist mode of production also constitutes an exposition of recurrent crises of capitalist development.

Although Marxist analyses are now resurfacing in public dialogues about economy and society especially after perhaps capitalism’s worst crisis since the 1930s, Marx and Marxist thought have always been part of the essential curriculum of Social Science courses in the best universities of the world. This is the case in Harvard, Oxford, Cambridge as well as Moscow and Beijing universities. Marx with Weber and Durkheim were the main social thinkers in the Sociology courses at my university in Manchester where Marx and Engels lived and researched much of their analyses of the capitalist mode of production. When I was teaching Sociology at the National University of Singapore in 1978-79, Marx was also an essential part of the curriculum there. I cannot imagine our Malaysian universities banning Marxist thought and analysis from their curricula.

Thus the bright young thinkers in PSM should be congratulated for initiating the discussion of Marxism and the analysis of our challenging times. Instead of being hailed as the standard bearers of our Education Blueprint vision to develop the 21st century skills of critical and creative thinking, it seems they are being denigrated as the purveyors of subversive teachings.

Just as Einstein’s insight into gravitational waves has just been vindicated, let us not forget his well-known admonition that “no problem can be solved from the same level of consciousness that created it.” It would be the height of irony and an insult to the government’s Transformation Programme if the content of Malaysia’s Education Blueprint is going to be dictated by the Inspector-General of Police.

Kua Kia Soong is the advisor of SUARAM (Suara Rakyat Malaysia).

 Don’t confuse Marxism with communism, IGP told
 The inspector-general of police should not confuse Marxism with communism, as the main point of Marxist ideology is the criticism against capitalism, said Parti Sosialis Malaysia (PSM) leader S. Arutchelvan. In a response to Tan Sri Khalid Abu Bakar’s claim that PSM was attempting to revive communist ideologies through a course on Marxism scheduled for next month, Arutchelvan said the course was open to the public and not held underground. “Among the main topics of the course is Marxism’s criticism on the capitalist system, and also discussions on the failure of iron-fisted communist countries.
“It will also discuss the new phenomenon in England and United States where Jeremy Corbyn from the Labour party and Bernie Sanders, the US Democrat candidate, are among those who supported the Marxist theory and its relevance to the world today,” Arutchelvan said. Khalid tweeted earlier today that the police will not allow the course on Marxism planned for next month and that the organisers will be called up. But Arutchelvan said the warning could be a ploy to divert the people’s attention from the main issues plaguing the country, especially the cracks in Umno and the worsening economy. “This again is an attack on our democratic rights and freedom of speech. “Malaysia’s history is full of scripts where the left wing is always victimised every time the country’s leadership is facing a crisis. “PSM will fight this wild allegation,” he said, adding that they would give their cooperation to the police if called up. Arutchelvan said that this was not the first time the party was branded with spreading communism, adding that in 2011, 6 of their members were detained for a month over the charge under the Emergency Ordinance. “They were all released without being charged. “PSM then sued the police for making the allegation and in the end, the government had to pay us RM200,000 in compensation after admitting to their mistake,” he said. The Kuala Lumpur High Court in October 2013 ordered the government to pay the six PSM members held RM200,000 in settlement of the lawsuit filed by them over  false imprisonment and misfeasance. The six were detained on June 25, 2011 on charges of treason against the Yang di-Pertuan Agong, and were released on July 2 when their remand period expired. They were again arrested under the (now repealed) Emergency Ordinance and freed 27 days later. In the March 23, 2012 suit, Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar Devaraj, M. Sukumaran, A. P. Letchumanan, Choo Chon Kai, M. Saraswathy and R. R. Sarat Babu had named 82 defendants, including IGP Khalid and his deputy, the government, the Home Ministry, the attorney-general, a deputy public prosecutor, as well as 60 police officers. – February 28, 2016.

Belajar MARXISME dalam 8 jam!

Posted: February 23, 2016 in DISKUSI KIRI

Marx8_001 a5 poster

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keliru dengan terma-terma Marxis; gerun dengan buku-buku tebal Marxisme; minat sungguh dengan Socialisme – daftar sekarang!

Parti Sosialis Malaysia bersama Gabungan Kiri menganjurkan Kursus Kilat Marxisme untuk memperkenalkan Marxism dan kerelevanannya hari ini dan memberi satu alternatif kepada ideology kapitalisme.

Tarikh: 20 Mar 2016  (9 pagi – 5.30 petang)

Tempat: Gerak Budaya  (No. 2 Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya)


Kursus kilat Parti Sosialis Malaysia

9.00 am          – Pendaftaran

9.30am           – Pengenalan & Riwayat Hidup Marx – Letchimi Devi

10.00am         – Falsafah Asal Usul Marxisme & Materialisme Sejarah & Pertempuran Kelas – S.Arutchelvan

11.00am         – Kritikan Marx terhadap Kapitalisme – Choo Chon Kai

1.00pm           – Makan Tengahari

2.00pm           – 3 kekeliruan – Fuad Rahmat
(i) Agama adalah candu masyarakat?
(ii) Komunis itu kukubesi – Kediktatoran kaum Proletariat (Pol Pot, Stalin, Saddam Hussein? Korea Utara, USSR, China)?
(iii) Sosialisma hanya praktikal di Negara miskin?

3.30pm           – Sosialisme Abad ke 21? – Choo Chon Kai
Venezuela, Greece, Jeremy Corbyn & Bernie Sanders?

4.30pm           – Masa depan politik Malaysia: Belok kanan atau Kiri? – S.Arutchelvan

5.30pm           – Tamat